Tuesday, April 17, 2007

SUNYI

SUNYI


Aku bersendirian,
Di dalam bilikku,
Berhadapan komputer ribaku,
Malam semakin lewat,
Aku sepatutnya berehat,
Namun aku masih di sini,
Menulis perasaanku kini

Perjuanganku semakin hampir,
Hampir tiba masanya,
Aku menghadapi cabaranku,
Namun aku masih tidak sedia,
Untuk masa itu,
Aku cuba menekadkan diriku,
Namun aku masih sesat,
Sesat di dalam alam fantasiku,
Tidak tahu kedudukanku sekarang

Aku tahu,
Aku perlu berjuang,
Untuk cabaranku itu,
Namun ketekadan untuk berjuang,
Tiada padaku,
Entah mengapa begitu,
Mungkin ini yang dikatakan TEKANAN

Seketika tadi,
Aku berjalan di luar,
Bertemu dengan seorang perempuan,
Berjalan di sana sini,
Aku berfikir sejenak,
Apa yang berlaku,
Mungkin dia sepertiku,
Masih dalam pencarian,
Mencari ketekadan untuk berjuang

Ketika ini,
Aku berasa sunyi,
Keseorangan dalam bilik,
Namun inilah kehidupan yang aku perlu hadapi,
Untuk 6 tahun lagi,
Aku fikir,
Akankah aku gembira begini,
Perlukah aku mencari lagi,
Kehidupan yang benar benar menceriakanku,
Aku tak tahu,
Namun aku tahu,
Jalanku masih panjang,
Meskipun sedih atau sengsara,
Aku masih perlu jalan,
Ini yang aku katakan HIDUP

Aku fikir sejenak,
Kebelakangan ini,
Beberapa sahabat handaiku,
Sedih dan keliru,
Berhadapan dengan musuh mereka,
Aku cuba membantu,
Seberapa yang kuboleh,
Namun apa yang penting,
Ialah keinginan mereka,
Ketekadan mereka,
Mereka perlu faham,
Cara menewaskan musuh mereka,
Sebenarnya di tangan mereka,
Bukan di tanganku ataupun orang lain,
Mereka perlu faham,
Merekalah penentu,
Kepada penyelesaian yang dicari,
Bukannya orang ataupun faktor lain,
Mereka perlu faham,
Tidak kira apapun kesudahannya,
Mereka perlu hadapi,
Tidak guna lari,
Mereka perlu faham,
Keputusan di tangan mereka,
Walau apapun yang mungkin terjadi
Jangan menyesal,
Mereka perlu faham,
Jalan hidup sememangnya,
Penuh dengan duri dan onak,
Memang sakit melaluinya,
Namun apakah daya kita,
Kita masih perlu jalan,
Dengan minda yang positif,
Walau apapun, sedih atau sengsara,
Kita jalani hidup ini,
Tabah dan gembira,
Jadikanlah hidup kita,
Satu hidup yang kita boleh banggakan,
Bukannya hidup yang kita menyesal,
Bila kita pandang ke belakang,
Pada masa hadapan

Aku harap ketekadanku kembali,
Bila aku bangun,
Aku perlu berjuang,
Masaku sudah semakin hampir,
Aku harap semua sahabat handaiku,
Berdiri teguh menghadapi musuh mereka,
Ingatlah,
Jalani hidup dengan gembira,
Meskipun jalan penuh dengan duri,
Tetap perlu ceria,
Kerana jalan kita masih panjang,

Aku semakin letih,
Penglihatanku semakin samar,
Sudah tiba masanya,
Aku berehat,
Esok ialah satu hari yang baru,
Untukku berjuang,
Dengan hati yang ceria,
Dan positif,
Aku harap,
Sahabat handaiku,
Keadaan yang sama untuk mu,
Ingatlah,
Ketawa ubat kesengsaraan,

Selamat Malam.

12 comments:

Anonymous said...

beautiful..

Boon Tiong said...

thx,
hope you can understand what I have written...
:-)

Anonymous said...

kau ilhamku dalam cabaran hidup yang aku perlu harungi.
terima kasih!

[s]u[s]a[n] said...

kita semua perlu tabah mengharungi cabaran. jikalau perlu, jangan asyik memikirkan tentang 6 tahun yang perlu diharungi. ambil langkah demi langkah, dan pabila semua sudahpun berakhir, bila diingatkan semula memori-memori di ingatan, semuanya adalah manis manis belaka. =)

Anonymous said...

life is beautiful.. :)

Anonymous said...

yup..i agree with susan.. " pabila semua sudahpun berakhir, bila diingatkan semula memori-memori di ingatan, semuanya adalah manis manis belaka. =)"..hehe.. anyway, whatever u hv written is really inspiring..

Anonymous said...

jarak semakin jauh
persahabatan yang semakin pudar
kesunyian boleh dielakkan
semua di tangan anda!

-tl-

Eddie Lim said...

satu sajak yang memberi itizam untuk mara dalam hidup. Halangan, cabaran dan rintangan mewarnai hidup kita dan menjadikan kita insan yang lebih memahami diri, berdikari dan maju di hadapan..Setiap hari adalah hari baru, makna baru yang lebih bernilai dan lebih baik..

Boon Tiong said...

-tl-

Kesunyian yang ku maksudkan bukanlah mengenai tiada kawan tapi perasaan keseorangan pada waktu malam. Perasaan begitu kadang kala merupakan perasaan aman bagi saya. Tiada kerisauan dan bebas.

Terima Kasih kepada semua yang memberi komen anda.

Anonymous said...

realiti hidup sememangnya kejam jika kita memahaminya. namun itulah yang dikatakan hidup. cabaran, halangan, atau duri and onak menunggu kita setiap hari, namun tiada pilihan untuk kita. suka atau tidak, ia tetap di sana. hendak atau tidak, kita terpaksa mengharunginya.

walaupun seseorang itu tekad dan tabah, namun ada juga masa untukyna berehat. mungkin sebagai seorang pelarian,lari dari realiti, namun apasalahnya?kata pepatah Cina, berehat untuk perjalanan yang lebih jauh. mingkin anda letih kerana sering diganggu, namun itu sememangnya hidup sekiranya anda mempunyai sahabat handai. walaubagaimanapun, aku meminta maaf sekiranya aku telah menjadi satu gangguan terhadap hidup mu.

Anonymous said...

yang meminta maaf

kw

Anonymous said...

cantik sekali... tidak tersangka selama ini kau memiliki bakat sebegini! Hampir tersangka kau *'copy and paste' dari tempat lain! xDDD

*PS: Sorry about that.. I don't think anyone will get "potong dan tampal" anyway... LOL!